X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 17 Oktober 2021

Hamilton kekal milik Mercedes

Hamilton telah meraih kejuaraan F1 sebanyak enam kali bersama pasukan Mercedes.
A
A

PEMANDU sensasi Britain yang juga juara dunia tujuh kali Formula Satu (F1), Lewis Hamilton sah menyambung kontrak bersama Mercedes sehingga 2023.

"Sukar untuk percaya sudah hampir sembilan tahun saya bekerja dengan pasukan hebat ini. Saya teruja untuk meneruskan kerjasama bagi tempoh dua tahun lagi.

"Kami mencapai pelbagai kejayaan bersama tetapi masih banyak lagi yang boleh dicapai di dalam mahupun di luar litar.

"Saya berbangga dan bersyukur kerana Mercedes sentiasa menyokong impian saya.

"Mereka bertanggungjawab dan mengambil langkah yang penting untuk mewujudkan pasukan yang lebih meluas dan persekitaran yang inklusif," kata Hamilton dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Untuk rekod, Hamilton memenangi enam daripada tujuh gelaran dunia bersama Mercedes sejak menyertai mereka pada 2013. Satu lagi kejuaraan yang dimenanginya ketika bersama McLaren pada 2008.

Bagi saingan musim ini, Hamilton, 36, memenangi tiga daripada lapan perlumbaan, namun masih ketinggalan 18 mata di belakang pendahulu, Max Verstappen.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!