X

Kindly register in order to view this article
!

Tiga sahabat wujudkan 'food bank' bantu golongan memerlukan

Muhamed Iwaz (kanan) dan Muhammad Shamin menyusun barangan keperluan di 'food bank' yang diusahakan bagi membantu golongan terjejas akibat PKP.
A
A

SEBERANG JAYA - Melihat ramai yang terkesan dan hilang punca pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjadi titik mula tiga sahabat membuka 'food bank' bagi membantu masyarakat yang memerlukan.

Tiga sahabat ini mengambil inisiatif membuka food bank dengan menyediakan pelbagai keperluan asas di hadapan kedai peralatan telekomunikasi, Bell Kiss Garage yang terletak di Lintang Tenggiri, di sini.

Menceritakan mengenai perkara itu, pemilik kedai berkenaan, Muhamed Iwaz Gulam Sahul Hamid, 39, berkata, beliau bersama dua rakannya, Muhammad Shamin Huzair, 33 dan Ahmad Arif, 34, berpendapat daripada berdebat atau mencari salah pihak tertentu kerana gagal membantu rakyat, lebih baik mereka memulakan sesuatu untuk meringankan beban masyarakat yang benar-benar memerlukan.

Muhamed Iwaz berkata, mereka bertiga berkongsi modal untuk membeli barang keperluan sebelum menghebahkan bantuan disediakan itu kepada penduduk berhampiran.

"Program bantuan yang kami namakan 'Sumbangan Rakyat untuk Rakyat' mendapat sambutan di luar jangkaan penduduk di sekitar Seberang Jaya serta kawasan berhampiran.

"Rata-rata mereka yang yang datang mendapatkan bantuan mengakui telah hilang pekerjaan, pendapatan tidak mencukupi selain ada yang beberapa hari terputus bekalan makanan.

"Keadaan ini membuktikan ramai masyarakat kita yang sedang berdepan dengan keadaan sangat mencabar dan terpaksa mengikat perut," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini pada Sabtu.

'Food bank' diusahakan tiga sahabat di Lintang Tenggiri, Seberang Jaya bagi membantu golongan terjejas akibat PKP.
'Food bank' diusahakan tiga sahabat di Lintang Tenggiri, Seberang Jaya bagi membantu golongan terjejas akibat PKP.

Tidak meletakkan sebarang syarat untuk mereka yang mahu mengambil barang keperluan disediakan, Muhamed Iwaz berkata, golongan memerlukan boleh mengambil sehingga empat barangan di 'food bank' berkenaan.

Selain itu, Muhamed Iwaz berkata, mereka turut menghantar bantuan berkenaan kepada keluarga yang dilaporkan memasang bendera putih di luar rumah.

"Penduduk setempat memainkan peranan juga dalam menyalurkan maklumat kepada kami mengenai keluarga yang memerlukan.

"Selepas inisiatif yang kami lakukan ini mendapat perhatian ramai termasuk tular di laman sosial, banyak pihak yang tampil dan mahu menyumbangkan sama dalam menjayakan misi bantuan ini," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!