Fauzi tekad pacu UiTM FC

Fauzi optimis UiTM FC mampu memperbaiki kedudukan dalam saingan Liga Super musim ini.
Fauzi optimis UiTM FC mampu memperbaiki kedudukan dalam saingan Liga Super musim ini.
A
A
A

SELEPAS 13 perlawanan tanpa sebarang kemenangan, penyerang UiTM FC, Fauzi Abdul Latif percaya masih ada sinar dan harapan untuk pasukannya kembali memperbaiki kedudukan pada baki saingan Liga Super musim ini.

Fauzi beranggapan walaupun pasukannya sedang bergelut dengan masalah prestasi, tidak bermakna beliau perlu mengalah dalam membina kariernya bersama skuad ‘The Lion Troops’.

“Saya akan cuba berusaha lebih keras, bagi memastikan UiTM FC akan memperoleh kemenangan pertama sebaik sahaja Liga Super bersambung pada 24 Julai,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) pada Sabtu.

Selepas aksi tidak konsisten dipamerkan bersama Negeri Sembilan FC musim lalu, pemain berusia 25 tahun itu setakat ini sekadar menjaringkan satu gol pada aksi pembukaan pusingan pertama menentang Terengganu FC, namun UiTM FC tewas 1-2 pada aksi tersebut.

Fauzi yang sebelum ini terlepas aksi pusingan kedua menentang Terengganu FC dan Kuala Lumpur City FC ekoran kecederaan buku lali kiri ketika menentang Sri Pahang FC Mei lepas, mahu menggunakan tempoh yang ada ini untuk menjalani latihan agar prestasinya berada di tahap baik.

“Saya kecewa juga apabila cedera dan terpaksa rehat lama juga untuk pulih. Diharapkan selepas ini, jurulatih (Frank Bernhardt) akan lebih percayakan saya untuk berada dalam skuad utama bagi bantu pasukan,” katanya.

UiTM FC berada di tangga tercorot Liga Super selepas sekadar meraih dua mata daripada 13 perlawanan musim ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: