Wimbledon: Murray terpaksa pulang awal

Murray terpaksa akur tersingkir seawal pusingan ketiga pada Kejohanan Wimbledon kali ini.
Murray terpaksa akur tersingkir seawal pusingan ketiga pada Kejohanan Wimbledon kali ini.
A
A
A

BEKAS pemain nombor satu dunia dari Britain, Andy Murray terpaksa menelan hakikat era kegemilangannya di gelanggang tenis sudah berakhir.

Tampil selaku pemain nombor 118 dunia, juara Grand Slam tiga kali itu tumbang di tangan Denis Shapovalov dalam aksi pusingan ketiga Kejohanan Wimbledon pada awal pagi Sabtu.

Kekalahan 4-6, 2-6, 2-6 kepada pemain nombor 12 dunia dari Kanada itu menyaksikan Murray yang juga juara dua kali Wimbledon menghadapi penyingkiran paling awal dalam tempoh 16 tahun.

“Ada ketika saya berasa terlalu melakukan banyak perkara dalam tempoh tiga bulan lalu. Akhirnya saya tidak bermain seperti yang saya mahukan. Adakah ia berbaloi?

“Sudah tentu saya kecewa apabila mengalami kekalahan ini. Saya sudah berusaha sebaik mungkin tetapi masih gagal,” kata Murray yang hampir bersara pada 2019 akibat kecederaan berpanjangan.

Ia adalah kali pertama Murray - juara Wimbeldon edisi 2013 dan 2016 tewas seawal pusingan ketiga sejak membuat penampilan pertama ketika berusia 18 tahun pada tahun 2005.

Prestasi Murray yang kini berusia 34 tahun dilihat mula menurun sejak beberapa tahun kebelakangan ini selepas dia dibelenggu masalah kecederaan pinggul dan pangkal paha.

Artikel Berkaitan: