Enrique impi trofi Euro keempat

Pemain Sepanyol, Gerard Moreno melakukan percubaan ke arah pintu gol Switzerland. -Foto: UEFA
Pemain Sepanyol, Gerard Moreno melakukan percubaan ke arah pintu gol Switzerland. -Foto: UEFA
A
A
A

KEJAYAAN melangkah ke separuh akhir Euro 2020, membuatkan pengendali Sepanyol, Luis Enrique mula memikirkan untuk beraksi di pentas final dan seterusnya membawa pulang trofi keagungan bola sepak Eropah itu.

Menurut Enrique, biarpun skuad La Roja itu pernah memenanginya buat tiga kali iaitu pada edisi 1964, 2008 dan 2012 lalu, kini masanya telah tiba untuk memenangi dan kemudian mempertahankan trofi berkenaan.

“Sebenarnya, saya selalu memikirkan bagaimana untuk menjadi pencabar yang baik pada Euro kali ini, tetapi setelah berjaya sampai ke sini (separuh akhir), saya sudah mula memikirkan untuk meraih gelaran juara buat kali keempat.

“Seperti yang sering saya sebutkan sebelum ini, kami adalah adalah antara lapan pasukan yang berpeluang untuk bergelar juara; namun ia bergantung kepada tahap prestasi kami.

“Kini, kami sudah pun berada dalam kelompok empat pasukan terbaik dan ia sememangnya menakjubkan. Lagi pun, sia-sia sahaja kami sampai ke tahap ini tanpa memikirkan pula untuk sampai ke pentas final,” katanya.

Enrique berkata demikian bagi mengulas kejayaan Sepanyol mara ke separuh akhir Euro 2020, setelah menewaskan Switzerland 3-1 menerusi penentuan sepakan penalti, di Stadium St Petersburg pada Sabtu.

Terdahulu, kedua-dua pasukan terikat 1-1 setelah tamat masa tambahan dan pemenang terpaksa ditentukan menerusi sepakan sepakan penalti yang akhirnya memberikan kemenangan kepada 3-1 kepada Switzerland.

Sepanyol seharusnya menamatkan perlawanan lebih awal, apabila Switzerland terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah Remo Freuler dilayangkan kad merah pada minit ke-77, namun, jentera serangan skuad La Roja itu dilihat gagal memanfaatkan kesempatan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Enrique mempertahankan keputusannya yang tetap memberikan kepercayaan serta tanggungjawab kepada penjaga gol, Unai Simon untuk berdepan sepakan penalti pada aksi suku akhir berkenaan.

Menurut Enrique, keputusan berkenaan dibuat kerana pernah menyaksikan Simon menyelamatkan beberapa sepakan penalti sebelum ini, ketika beraksi dengan Athletic Bilbao dalam saingan La Liga.

“Sebaik sahaja pemain selesai menentukan siapa yang perlu melakukan sepakan (penalti), saya mula meletakkan kepercayaan kepada Simon untuk mengawal pintu gol.

“Walapun tidak bermula dengan apabila sepakan penalti sebelum sepakan bermula, saya telah ingatkan mereka untuk ‘menikmati’ detik berkenaan (sepakan penalti).

“Biarpun ramai yang mengatakan sepakan penalti ini ibarat loteri, tetapi ia sebenarnya bukan seperti itu. Ia mengenai kemampuan menguruskan tekanan khususnya bagi penjaga gol,” katanya.