Dua kilang kena kompaun RM10,000

Kompaun yang dikeluarkan terhadap pekerja-pekerja yang ingkar SO.P - Foto ihsan PDRM
Kompaun yang dikeluarkan terhadap pekerja-pekerja yang ingkar SO.P - Foto ihsan PDRM
A
A
A

BENTONG - Dua buah kilang masing-masing dikenakan kompaun RM10,000 kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) sewaktu pemeriksaan Op Patuh, pada Jumaat.

Dalam operasi kira-kira jam 11 pagi itu, pemeriksaan mengejut dijalankan ke atas tiga buah kilang di daerah tersebut.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, hasil pemantauan, sebanyak dua kilang gagal mematuhi SOP ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) iaitu jumlah pekerja yang bekerja melebihi 60 peratus.

Menurutnya, kedua-dua syarikat tersebut dikompaun di bawah Peraturan 18 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB) (NO 4) 2021 iaitu boleh dikenakan kompaun sebanyak RM10,000.

"Bagi pemeriksaan individu yang bekerja di kilang terlibat, seramai sembilan pekerja tempatan dikenakan kompaun RM1,500 seorang kerana tidak mengimbas aplikasi MySejahtera.

"Kesemua mereka dikompaun di bawah Peraturan 18 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Penyakit Berjangkit PPPDPPB (NO 4) 2021," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Katanya, 10 pekerja warga asing berusia 20 hingga 40 tahun ditangkap kerana gagal mengimbas aplikasi MySejahtera dan turut disiasat mengikut Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

Artikel Berkaitan: