Brazil tempah tiket separuh akhir Copa America

Paqueta (kiri) meraikan jaringannya bersama Neymar (tengah) dan Richarlison di Stadium Olimpik Nilton Santos, Rio de Janeiro sebentar tadi. -Foto EPA
Paqueta (kiri) meraikan jaringannya bersama Neymar (tengah) dan Richarlison di Stadium Olimpik Nilton Santos, Rio de Janeiro sebentar tadi. -Foto EPA
A
A
A

PEMAIN gantian, Lucas Paqueta muncul wira apabila memacu Brazil mara ke separuh akhir Copa America 2021 selepas menewaskan Chile 1-0 dalam aksi suku akhir di Stadium Olimpico Nilton Santos, Rio de Janeiro sebentar tadi.

Paqueta meledak gol kemenangan Brazil seminit selepas aksi babak kedua bermula hasil umpanan bintang sensasi, Neymar.

Dengan kemenangan ke atas Chile itu, Brazil terus kebal dengan rekod tanpa kalah dalam kempen Copa America kali ini selepas mengharungi empat perlawanan termasuk aksi suku akhir.

Terdahulu, Brazil menamatkan saingan Kumpulan B selaku juara apabila merekodkan tiga kemenangan dan satu keputusan seri, sekali gus menempah pertemuan dengan Chile.

Dalam aksi separuh akhir, Brazil yang juga penyandang juara bakal membuat perhitungan dengan Peru yang terlebih dulu membenam Paraguay 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti.

Artikel Berkaitan: