Peru lepasi onak ranjau Paraguay

Pemain-pemain Peru meraikan kejayaan menewaskan Paraguay pada saingan suku akhir Copa America 2021 di Stadium Olimpico Pedro Ludovico, Goiânia sebentar tadi. - Foto Copa America
Pemain-pemain Peru meraikan kejayaan menewaskan Paraguay pada saingan suku akhir Copa America 2021 di Stadium Olimpico Pedro Ludovico, Goiânia sebentar tadi. - Foto Copa America
A
A
A

PERU mengesahkan slot pusingan empat terbaik Copa America 2021 setelah menewaskan Paraguay pada aksi lapan terbaik di Stadium Olimpico Pedro Ludovico, Goiânia sebentar tadi.

La Blanquirroja kendalian Ricardo Gareca berjaya menjinakkan La Albirroja yang dipacu Eduardo Berizzo menerusi penentuan sepakan penalti 4-3 setelah kedua-dua pasukan terikat 3-3 aksi sepenuh masa.

Gol Peru sebelum itu dijaringkan Gianluca Lapadula pada minit ke-21' dan 40', diikuti Yoshimar Yotun (80') manakala gol Paraguay dihasilkan Gustavo Gomez (11'), Junior Alonso (54') dan Gabriel Avalos (90').

Artikel Berkaitan: