Bantuan RM1,500 untuk B40

- Foto 123RF
- Foto 123RF
A
A
A

AWANG sokong penuh cadangan Ketua Pembangkang, Tuk Seri Anwar Ibrahim agar kerajaan beri bantuan minimun RM1,500 sebulan kepada isi rumah B40.

Beliau berpendapat dengan bantuan itu akan ringankan beban rakyat yang menderita akibat wabak Covid-19

Awang nampak logiknya cadangan itu. Pada masa ini memang banyak daripada mereka dalam golongan M40 yang tergelincir ke kelompok B40.

Keadaan hidup rakyat semakin sempit. Harga barang melambung. Kalau bawa duit RM100 ke pasar belum tentu dapat tiga jenis ikan.

Nampaknya tidak ada kawalan harga ikan, sayur dan daging. Rakyat hanya mampu tengok tak mampu beli.

Awang bukan ahli ekonomi. Ini bukan masanya nak ikut teori harga naik kerana permintaan banyak dan barang kurang.

Tugas kerajaan adalah pastikan bekalan ada dan harga berpatutan. Ini masa untuk pastikan rakyat dapat isi perut. Jika ikan pun tak mampu dibeli, apa yang tinggal pada rakyat?

Macam kata Tuk Seri Anwar rakyat perlu berbelanja barang keperluan asas seperti beras, gula dan susu anak.

Artikel Berkaitan:

Dalam keadaan sekarang memang rakyat perlukan apa bentuk bantuan sekalipun. Pada waktu yang sama moratorium pinjaman bank dan bantuan lain jangan diabaikan.

Banyak pemimpin politik nampaknya sudah mula makan mi maggi. Baguslah kalau begitu. Mereka nak turut sama merasakan kehidupan rakyat jelata.

Tapi bagi rakyat pula jikalau kesempitan berterusan, mi maggi pun mereka tak mampu nak beli nanti.