X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

Lelaki kedua tertinggi dunia tinggal di rumah penjagaan di London

Hussein Bisad mempunyai ketinggian 2.32 meter kini tinggal di sebuah rumah penjagaan di Brent, utara London. - Foto Ian Vogler/ Daily Mirror
A
A

LONDON - Seorang lelaki kedua tertinggi di dunia, Hussein Bisad kini tinggal di sebuah rumah penjagaan untuk orang-orang yang tidak mampu menjaga diri sendiri di Brent, utara London.

Hussein, 46, tinggal di rumah tersebut selepas menerima pemindahan buah pinggang pada Februari tahun lalu.

Beliau yang sudah berkahwin di Somalia pada tahun 2015 iaitu negara kelahirannya tetapi kini sedang menghadapi penyakit yang serius.

Menurut portal berita MyLondon baru-baru ini, dia perlu menggunakan mesin dialisis sebanyak tiga kali sehari ekoran sakit buah pinggang.

Hussein turut mendedahkan bagaimana perkara-perkara dalam kehidupannya terpaksa ditangguhkan selama lima tahun selepas dia menghidap masalah kesihatan.

Dia dilaporkan menghadapi masalah tubuh badannya yang mengeluarkan banyak hormon pembesaran.

Hussein yang masih tidak mempunyai anak mempunyai impian dalam kehidupan.

Impiannya itu ialah dia mahu pulih sepenuhnya daripada penyakitnya dan kembali ke Somalia serta membawa balik isterinya, Yasmin kembali ke London untuk tinggal bersamanya.

Hussein yang merupakan pencari suaka di Britain mempunyai ketinggian 2.32 meter dan pernah menjadi manusia paling tinggi di dunia.

Namun, seorang rakyat Turki, Sultan Kosen, 38, dinobatkan sebagai manusia tertinggi di dunia dengan ketinggian 2.51 meter pada tahun 2011 - Agensi


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!