Kroos tidak lagi bersama Die Mannschaft

Toni Kroos - Foto AFP
Toni Kroos - Foto AFP
A
A
A

PEMAIN tengah sensasi Jerman, Toni Kroos mengumumkan persaraannya dari arena bola sepak antarabangsa selepas Die Mannschaft tersingkir dari Euro 2020.

Pemain berusia 31 tahun kelahiran Greifswald itu sebelum ini memulakan karier sukan paling popular dunia itu bersama kelab remaja Greifswalder (1997-2002) diikuti Hansa Rostock (2002–2006) sebelum menyertai Bayern Munich (2006–2007).

Kariernya memuncak apabila mula berseragam skuad senior gergasi Bundesliga, Bayern Munich dari 2007 hingga 2015 dengan merekodkan 13 gol dalam 130 penampilan.

Beliau yang kini bersama kelab liga Sepanyol, Real Madrid kemudian dipinjamkan ke Bayer Leverkusen yang terus melonjakkan namanya apabila merekodkan 10 gol dalam 43 penampilan bersama Die Werkself tersebut.

Penampilannya bersama Die Mannschaft juga membolehkannya menjulang Piala Dunia Brazil 2014 selepas menewaskan kuasa bola sepak Amerika Selatan, Argentina 1-0 pada aksi final di Stadium Maracana, Rio de Janeiro yang disaksikan 74,738 penonton.

Kroos yang memperoleh 106 kap bersama Jerman telah menyumbang 17 gol dan 19 bantuan gol menyatakan sudah jelas baginya sejak lama bahawa dia tidak akan ke Piala Dunia Qatar tahun depan.

"Keutamaan saya sekarang adalah memberi tumpuan kepada karier bersama Real Madrid dan menghabiskan masa bersama keluarga," katanya.

Artikel Berkaitan: