PRK Semenyih: MCW lapor lima kes

Jais (tengah) pada sidang media di Inderapura.
Jais (tengah) pada sidang media di Inderapura.
A
A
A

KUANTAN – Lima kes dilaporkan Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sepanjang tempoh kempen PRK Semenyih.

Presiden MCW, Jais Abdul Karim berkata, laporan tersebut adalah berhubung perbuatan disyaki kesalahan bersabit undang-undang perilaku rasuah dan perbuatan menyalahi akta dalam pilihan raya kecil.

“Seramai 20 ahli MCW telah ditauliahkan oleh SPR untuk menjadi pemerhati di PRK DUN Semenyih.

"Sehingga kini telah lima kes kita adukan manakala di PRK Cameron Highland sebanyak tujuh kes.

“Kesemua kes masih dalam siasatan. MCW bukan penguat kuasa. Dan kita juga tiada kuasa untuk menyatakan bahawa sesuatu perbuatan itu adalah rasuah,” katanya kepada pemberita selepas sesi dialog dan taklimat bersama ahli Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Pahang di sini, hari ini.

Artikel Berkaitan: