Maritim Malaysia bantu penduduk terjejas akibat PKP

Mohd Zawawi (kiri) menyerahkan sumbangan keperluan kepada seorang komuniti nelayan di Langkawi yang terjejas akibat PKP 3.0. - Foto Maritim Malaysia
Mohd Zawawi (kiri) menyerahkan sumbangan keperluan kepada seorang komuniti nelayan di Langkawi yang terjejas akibat PKP 3.0. - Foto Maritim Malaysia
A
A
A

LANGKAWI - Seramai 60 keluarga komuniti maritim yang terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19 di sekitar Pulau Langkawi dibantu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Pengarah Maritim Malaysia Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata, sumbangan tersebut merupakan tanggungjawab sosial membantu meringankan beban mereka dalam tempoh Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Menurutnya, sebanyak 50 bungkusan berisi barangan keperluan asas seperti beras, gula, minyak masak, susu dan biskut diagihkan pada Jumaat di Kampung Selat Bagan Nyior termasuk pemilik bot nelayan di sekitarnya.

"Sebanyak 10 bungkusan lagi telah diagihkan pada Khamis di Kampung Kuala Temoyong dalam usaha meringankan beban mereka," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mohd Zawawi berkata, Maritim Malaysia turut menyampaikan sijil penghargaan kepada Ketua Kampung Selat Bagan Nyior, Langkawi atas kerjasama penduduknya yang menjadi mata dan telinga kepada Maritim Malaysia dalam menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan jenayah.

Menurutnya, bantuan berkenaan merupakan hasil sumbangan daripada warga Maritim Negeri Kedah dan Perlis, badan korporat serta sumbangan persendirian pihak yang mengambil berat mengenai masalah masyarakat berkenaan.

Artikel Berkaitan: