Vietnam catat 175 kes baharu Covid-19

Vietnam merekodkan seramai 7,247 pulih, sementara jumlah kematian kekal 81 orang. - Foto Reuters
Vietnam merekodkan seramai 7,247 pulih, sementara jumlah kematian kekal 81 orang. - Foto Reuters
A
A
A

HANOI - Vietnam melaporkan 175 lagi kes baharu Covid-19 termasuk lima kes import dan 170 jangkitan tempatan, dalam tempoh enam jam hingga 12 tengah hari 2 Julai, menjadikan jumlah terkumpul setakat ini 17,902, lapor VNA memetik Kementerian Kesihatan.

Jangkitan tempatan itu membabitkan 151 kes di Bandar Ho Chi Minh, Phu Yen (10), Hung Yen (tiga), Long An (dua) dan masing-masing satu di Tra Vinh, Hai Phong, Bac Giang dan Bac Ninh.

Daripada keseluruhan kes baharu itu, 143 daripadanya dilaporkan di kawasan yang dikuarantin dan dikenakan sekatan pergerakan.

Jumlah kes sejak gelombang keempat melanda negara ini pada akhir April adalah 14,505.

Seramai 7,247 pulih, sementara jumlah kematian kekal 81 orang.

Lebih 234,000 kontak rapat pesakit Covid-19 atau yang memasuki Vietnam dari wilayah dilanda pandemik, kini dikuarantin di seluruh negara. - Bernama

Artikel Berkaitan: