Ops Patuh: 94 syarikat industri dikompaun RM924,000

Anggota melakukan pemeriksaan bersempena Ops Patuh besar-besaran di Kerteh, Kemaman.
Anggota melakukan pemeriksaan bersempena Ops Patuh besar-besaran di Kerteh, Kemaman.
A
A
A

KEMAMAN - Sebanyak 94 syarikat industri atau majikan dikenakan tindakan kompaun dengan nilai keseluruhan RM924,000 atas pelbagai kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam Op Patuh yang jalankan bermula 31 Mei hingga Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, dalam tempoh sama, seramai 50 pekerja industri telah dikompaun dengan nilai keseluruhan RM78,000.

“Antara kesalahan yang paling banyak dilakukan oleh majikan adalah gagal memastikan penjarakan sosial di kawasan kilang mereka seperti tidak menyediakan penandaan.

“Mengenai kompaun ke atas pekerja pula antara yang kesalahan yang kerap dilakukan adalah gagal mengimbas kod di aplikasi MySejahtera, gagal mematuhi penjarakan fizikal dan tidak memakai pelitup muka,” katanya.

Hanyan memberi taklimat kepada Team Ops Patuh sebelum operasi dimulakan di ditempat letak kereta IPD Kemaman pagi Jumaat.
Hanyan memberi taklimat kepada Team Ops Patuh sebelum operasi dimulakan di ditempat letak kereta IPD Kemaman pagi Jumaat.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menjalankan pemeriksaan di premis industri di Kerteh di sini, bersempena dengan pelaksanaan Ops Patuh besar-besaran seluruh negara yang bermula pada Jumaat.

Katanya, dalam Ops Patuh yang dijalankan bermula jam 10 pagi dan berakhir jam 3 petang itu, sebuah kilang di kawasan perindustrian di Kerteh di sini dikenakan kompaun RM10,000.

"Kompaun dikeluarkan selepas mendapati pemilik premis berkenaan gagal melaksanakan penjarakan sosial, tidak menyediakan penandaan dan ini merupakan kesalahan kedua dilakukan di mana sebelum ini kita sudah mengeluarkan kompaun kesalahan sama pada 2 Jun lalu," katanya.

Artikel Berkaitan: