Hutang AS meningkat kepada lebih RM95 trilion

Ekonomi Amerika Syarikat dijangkakan akan berkembang sebanyak 6.7 peratus pada tahun ini. - Foto AFP
Ekonomi Amerika Syarikat dijangkakan akan berkembang sebanyak 6.7 peratus pada tahun ini. - Foto AFP
A
A
A

WASHINGTON - Ekonomi Amerika Syarikat (AS) kini mengalami pemulihan lebih cepat daripada disangkakan sebelum ini tetapi kerajaan negara itu akan mengalami defisit lebih AS$3 trilion (RM12.49 trilion) pada tahun ini, kata Pejabat Bajet Kongres AS pada Khamis.

Defisit itu lebih rendah berbanding pada tahun 2020 yang mencatatkan kira-kira AS$3 trilion (RM12.91 trilion).

Bagaimanapun, hutang persekutuan dilaporkan meningkat kepada AS$23 trilion (RM95.77 trilion) iaitu hampir 103 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Menurut Pejabat Bajet Kongres AS itu, ekonomi negara tersebut akan berkembang sebanyak 6.7 peratus pada tahun ini manakala KDNK dijangka meningkat sebanyak lima peratus pada tahun 2022.

Perkembangan itu adalah disebabkan oleh pakej rangsangan ekonomi yang bernilai hampir AS$4 trilion (RM16.66 trilion) yang diluluskan oleh Presiden AS, Joe Biden pada Mac lalu. -

Kadar pengangguran pula akan berkurangan kepada 4.6 peratus menjelang akhir tahun ini daripada 5.8 peratus ketika ini. - Agensi

Artikel Berkaitan: