Op Patuh Kelantan, 900 penguat kuasa digerakkan

Abdullah (kiri) memberi taklimat kepada anggota penguat kuasa sebelum memulakan Op Patuh di kawasan kilang pada Jumaat.
Abdullah (kiri) memberi taklimat kepada anggota penguat kuasa sebelum memulakan Op Patuh di kawasan kilang pada Jumaat.
A
A
A

KUALA KRAI - Seramai 900 anggota penguat kuasa dari pelbagai agensi akan melaksanakan Op Patuh pada Jumaat di kawasan kilang bagi memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Muhammad Piah berkata, operasi turut melibatkan kerjasama daripada Jabatan Sukarelawan Rakyat (Rela), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan banyak lagi.

"Operasi ini di kawasan perusahaan besar dan kilang untuk melihat SOP itu dipatuhi atau sebaliknya," katanya kepada pemberita pada Jumaat.

Menurutnya, Op Patuh merupakan usaha kerajaan bagi memutuskan rantaian pandemik Covid-19.

Beliau berkata, pemeriksaan di kawasan tempat tinggal pekerja turut diberi perhatian bagi memastikan SOP dipatuhi dengan sebaik mungkin.

Abdullah menasihatkan pemilik kilang supaya sentiasa patuh kepada SOP yang ditetapkan bagi mencegah penularan pandemik itu.

Katanya, pemeriksaan berkala akan diteruskan dari masa ke masa.

Artikel Berkaitan: