Pengawal keselamatan maut langgar belakang treler

Pacuan empat roda dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu melanggar belakang treler dalam nahas di Tapah pada Jumaat. Foto: Ihsan PDRM
Pacuan empat roda dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu melanggar belakang treler dalam nahas di Tapah pada Jumaat. Foto: Ihsan PDRM
A
A
A

TAPAH - Seorang pengawal keselamatan maut apabila pacuan empat roda yang dipandunya melanggar belakang sebuah treler di Kilometer 314, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.50 tengah hari itu, Joginder Singh, 53, yang memandu kenderaan jenis Toyota Hilux disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke utara.

"Apabila sampai di tempat kejadian dipercayai kenderaan dipandu mangsa hilang kawalan lalu melanggar belakang treler dipandu lelaki berusia 47 tahun.

"Impak kemalangan itu menyebabkan mangsa cedera dan disahkan maut di tempat kejadian manakala pemandu treler tidak cedera," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat dan siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: