X

Kindly register in order to view this article
!

Funk bakal jadi wanita paling tua ke angkasa lepas

WALLY FUNK
A
A

WASHINGTON - Bekas juruterbang, Wally Funk yang kini berusia 82 tahun akan menyertai bilionair Amerika Syarikat, Jeff Bezos menjadi pelancong angkasa lepas dalam bulan ini, menurut syarikat Blue Origin pada Khamis.

Sebelum ini, Funk dikenali sebagai seorang wanita pertama yang dilatih untuk menerbangkan kapal angkasa Mercury 13 milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) dari tahun 1960 hingga 1961.

Beliau kemudian digugurkan dari latihan tersebut kerana jantinanya ialah wanita.

Namun, pada 20 Julai ini, Funk akan menjadi manusia paling tua pergi ke angkasa lepas apabila beliau menaiki roket New Shepard yang dibina oleh syarikat Blue Origin milik Bezof.

Funk akan melancong ke angkasa lepas bersama Bezof, adiknya, Mark dan seorang lagi penumpang.

Penumpang itu merupakan pemenang satu lelongan tiket ke angkasa lepas yang membayar sebanyak AS$28 juta (RM116.65 juta) dengan menaiki roket tersebut.

Roket itu akan berlepas dari timur Texas dan trip ke angkasa lepas itu adalah selama 10 minit dan keempat-empat penumpang tersebut akan berada pada kedudukan antara atmosfera Bumi dan angkasa lepas. - Agensi


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!