Kementerian Haji Arab Saudi mula proses permohonan haji musim ini

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi kini dalam proses meneliti permohonan untuk menunaikan haji tahun ini. - Foto fail AFP
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi kini dalam proses meneliti permohonan untuk menunaikan haji tahun ini. - Foto fail AFP
A
A
A

MAKKAH - Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi kini dalam proses meneliti permohonan untuk menunaikan haji tahun ini, kata Setiausaha Rendah kementerian itu, Hisham bin Abdel Moneim Saeed.

Individu yang layak dan memenuhi syarat akan dimaklumkan menerusi pesanan teks, katanya dalam satu kenyataan lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Beliau menjelaskan, sebanyak 558,000 permohonan telah diterima di bawah fasa pertama, 51 peratus daripadanya terdiri pemohon lelaki selebihnya wanita.

Proses itu mengambil masa sepuluh hari bekerja. - Bernama

Artikel Berkaitan: