Remaja maut motosikal terbabas

Motosikal mangsa yang terbabas merempuh besi pembahagi jalan di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) pada malam Khamis.
Motosikal mangsa yang terbabas merempuh besi pembahagi jalan di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) pada malam Khamis.
A
A
A

BUTTERWORTH - Seorang remaja maut apabila motosikal yang ditungganginya terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) di sini pada malam Khamis.

Kemalangan berlaku jam 11 malam itu disedari pengguna lebuh raya terbabit sebelum menghubungi talian kecemasan bagi memaklumkan kejadian.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, siasatan awal mendapati mangsa berusia 18 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC135 dari arah Sungai Dua menuju ke Butterworth.

Menurutnya, mangsa dikatakan hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di Kilometer 8.5 BORR.

"Mangsa yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya untuk mendapatkan rawatan.

"Bagaimanapun ketika mendapatkan rawatan di zon merah unit kecemasan hospital terbabit, remaja berkenaan disahkan meninggal dunia," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Jumaat.

Noorzainy berkata, siasatan lanjut masih lagi dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: