PKPD: KPDNHEP jamin barang keperluan mencukupi

KPDNHEP beri jaminan bekalan barangan keperluan di seluruh negara mencukupi sepanjang tempoh pelaksanaan PKPD di Selangor dan Kuala Lumpur. - Gambar hiasan
KPDNHEP beri jaminan bekalan barangan keperluan di seluruh negara mencukupi sepanjang tempoh pelaksanaan PKPD di Selangor dan Kuala Lumpur. - Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi jaminan bahawa bekalan barangan keperluan di seluruh negara mencukupi sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor dan Kuala Lumpur.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, sektor perdagangan dan pengedaran yang melibatkan barangan asas serta perkhidmatan perlu masih beroperasi.

"Orang ramai di kawasan PKPD di mukim Selangor dan lokaliti Kuala Lumpur diingatkan tidak melakukan pembelian panik yang boleh mengganggu bekalan di premis jualan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, pasar raya dan pasar raya besar yang mempunyai zon makanan serta minuman, farmasi dan restoran di kompleks beli-belah dibenar beroperasi dengan mengehadkan jumlah pelanggan dalam satu-satu masa.

"Seorang pelanggan ditetapkan bagi setiap keluasan empat meter persegi premis perniagaan," katanya.

Alexander berkata, waktu operasi pusat pengedaran tertakluk kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Premis perniagaan yang menjalankan perniagaan secara e-dagang hanya dibenarkan untuk operasi pembungkusan

dan penghantaran sahaja tertakluk kepada waktu operasi yang ditetapkan oleh PBT," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, kedai perkakasan, bengkel kenderaan, penyelenggaraan dan alat ganti tidak dibenarkan beroperasi sepanjang pelaksanaan PKPD.

Ujarnya, pemantauan dan penguatkuasaan akan terus dilaksanakan oleh kementerian setiap hari bagi memastikan keberadaan bekalan barangan keperluan asas di semua negeri.

"KPDNHEP berharap semua pihak terutama peniaga dan pengguna bertanggungjawab memastikan keselamatan melalui kawalan kendiri serta mengikuti SOP ketika berada di luar rumah," katanya.