LZS peruntuk RM69.3 juta untuk asnaf, B40

Info grafik mengenai empat agenda utama inisiatif bantuan Zakat Selangor Peduli melibatkan jumlah keseluruhan agihan zakat RM69.3 juta.
Info grafik mengenai empat agenda utama inisiatif bantuan Zakat Selangor Peduli melibatkan jumlah keseluruhan agihan zakat RM69.3 juta.
A
A
A

SHAH ALAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperuntukkan agihan sebanyak RM69.3 juta secara keseluruhan menerusi pelaksanaan 19 inisiatif bantuan di bawah program Zakat Selangor Peduli dalam usaha bagi menyantuni golongan asnaf dan B40 di negeri ini.

Inisiatif bantuan itu bakal memberi manfaat kepada 59,322 penerima dan 431 institusi melibatkan agihan secara berperingkat sehingga akhir Disember nanti.

Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan M Yusop berkata, melalui Zakat Selangor Peduli, sejumlah RM25.7 juta akan diperuntukkan bagi agihan bantuan asasi, keperluan hidup dan pendidikan melibatkan seramai 36,622 penerima.

Saipolyazan
Saipolyazan

"Penerima terdiri daripada orang kelainan upaya (OKU) dan pelajar asnaf Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) meliputi pemberian komputer riba, tablet dan data internet bagi mengikuti Pembelajaran di Rumah (PdPR)," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Zakat Selangor Peduli meliputi empat agenda yang dirangka bagi menyalurkan agihan zakat secara bersasar dengan keutamaan bagi memenuhi keperluan asasi asnaf fakir, miskin dan mualaf di samping menyokong keperluan asas petugas barisan hadapan.

Dalam pada itu, Saipolyazan berkata, golongan peniaga dan bukan asnaf turut menerima manfaat daripada inisiatif Zakat Selangor Peduli itu dimana sejumlah RM1.5 juta telah diperuntukkan buat 700 penerima.

Info grafik mengenai inisiatif bantuan Zakat Selangor Peduli.
Info grafik mengenai inisiatif bantuan Zakat Selangor Peduli.

Artikel Berkaitan:

"Selain itu, RM30.6 juta turut diperuntukkan menerusi program ini kepada 431 institusi bertujuan bagi menyokong pemulihan institusi agama di Selangor," katanya.

Tambah beliau, LZS turut mengagihkan sebanyak RM10.5 juta hasil kutipan khusus kepada kumpulan rentan dan golongan B40 yang terjejas pendapatan membabitkan 15,000 penerima.

"Golongan B40 yang menetap di Selangor dan terjejas pendapatan atau kehilangan pekerjaan boleh memoohn Bantuan Zakat Selangor Peduli bermula hari ini (Jumaat) menerusi laman www.zakatselangor.com.my bagi menerima bantuan one-off RM500 tertakluk kepada syarat dan kelayakan," katanya.