Tiada strategi baharu kawal Covid-19, ADUN gesa menteri letak jawatan

Pesakit Covid-19 yang didakwa Ean menerima notifikasi ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Melawati pada Khamis tetapi diarah balik kerana katil tidak mencukupi. Gambar kecil: Ean Yong Hian Wah
Pesakit Covid-19 yang didakwa Ean menerima notifikasi ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Melawati pada Khamis tetapi diarah balik kerana katil tidak mencukupi. Gambar kecil: Ean Yong Hian Wah
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang wakil rakyat menggesa Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba meletak jawatan serta-merta susulan mendakwa kelemahan beliau dalam mengawal penularan wabak Covid-19 di negara ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah mendakwa, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dipimpin Dr Adham juga tidak menunjukkan sebarang strategi baharu dan perancangan jangka masa panjang untuk mengatasi jangkitan virus terbabit.

Ean turut mendakwa, kerajaan tidak membuat persiapan dan perancangan teliti dalam menangani penularan wabak tersebut sehingga turut membebankan rakyat khususnya di kawasan beliau apabila pesakit Covid-19 diarahkan balik disebabkan kemudahan tidak mencukupi.

"Yang amat mengejutkan dan mengecewakan saya ialah apabila tiga pesakit Covid-19 dari Seri Kembangan yang menerima notifikasi untuk melaporkan diri ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Melawati semalam (Khamis) telah dinafikan masuk atas sebab tidak cukup katil dan sudah penuh.

"Kalau tidak cukup katil, mengapa minta pesakit datang kerana ini amat menyusahkan khusus bagi mereka yang tinggal berjauhan," katanya menerusi satu kenyataan pada Jumaat.

Kerajaan pada Khamis mengumumkan pelaksanaan PKPD melibatkan mukim-mukim di Selangor dan beberapa lokaliti di Kuala Lumpur selama 14 hari bermula 3 Julai sehingga 16 Julai 2021.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penguatkuasaan itu diputuskan setelah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuat pembentangan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai situasi Covid-19 di dua negeri tersebut.

Artikel Berkaitan: