EGM perlu diadakan pilih Ketua AMK baharu

No Image Caption
A
A
A

SEREMBAN - Tiga Ketua Cabang Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan menyatakan akar umbi AMK di negeri ini hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Ketua AMK, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan pada Jumaat, tindakan Akmal Nasrullah membuat rombakan secara tiba-tiba telah menggusarkan akar umbi.

Kenyataan bersama tersebut dikeluarkan oleh Ketua AMK Rasah, Ahmad Izzudin Ismail, Ketua AMK Rembau, Mohd Effendi Mat Aris dan Ketua AMK Port Dickson, Muhamad Affandi Abdul Malik.

Menurut mereka, kemuncak kegagalan Akmal Nasrullah apabila beliau dilihat dengan sengaja mensabotaj usaha yang dilakukan oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menumpukan serangan kepada kerajaan Perikatan Nasional dengan mencetuskan suasana krisis melalui tindakan memecat Ketua AMK Selangor dan Perlis

"Sekiranya Akmal Nasrullah berhajat untuk menukar struktur organisasi AMK negeri, beliau digesa tidak bersikap prejudis dan berat sebelah," kata mereka.

Mengulas lanjut, mereka berpendapat adalah lebih demokratik pada ketika ini untuk mengadakan Kongres Angkatan Muda Keadilan Luar Biasa (EGM) bagi melantik Ketua AMK yang mempunyai keabsahan agar mampu menjamin kelangsungan perjuangan reformasi.

Artikel Berkaitan: