X

Kindly register in order to view this article
!

Vaksin: Johnson & Johnson berkesan tangani varian Delta

Vaksin satu suntikan dikeluarkan Johnson & Johnson menunjukkan perlindungan yang kuat terhadap varian Delta dan mutasi lain yang malah memberikan perlindungan terhadap jangkitan secara lebih luas. Gambar hiasan. - Foto AFP
A
A

KUALA LUMPUR - Vaksin satu suntikan dikeluarkan Johnson & Johnson menunjukkan perlindungan yang kuat terhadap varian Delta dan mutasi lain yang muncul malah memberikan perlindungan terhadap jangkitan secara lebih luas.

Data menunjukkan ketahanan tindak balas imunisasi bagi penerima vaksinnya bertahan sekurang-kurangnya lapan bulan.

Syarikat farmaseutikal itu berkata, vaksin dibangunkannya itu 85 peratus berkesan dan membantu mencegah kemasukan ke hospital dan kematian.

Ketua Penyelidikan dan Pembangunan Johnson & Johnson, Mathai Mammen berkata, data yang diperolehi selama lapan bulan menunjukkan vaksin Johnson & Johnson menghasilkan tindak balas antibodi peneutralan yang kuat dan tidak berkurangan.

"Malah kami melihat peningkatan dari masa ke masa.

"Penerima vaksin menghasilkan antibodi peneutralan yang kuat terhadap semua varian termasuk Delta," kata syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu.

Varian Delta yang pertama kali dikesan di India menyumbang kepada kematian harian tertinggi di negara itu dan mendorong negara seperti United Kingdom menangguhkan pembukaan semula negara kepada Julai.

Pembuat vaksin lain termasuk Pfizer-BioNTech, Moderna dan AstraZeneca sebelum ini menyatakan vaksin Covid-19 mereka berkesan terhadap varian Delta. - Awani


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!