Suhu panas di Kanada: Bandar Lytton terbakar

Sebuah kawasan di tepi jalan raya terbakar akibat kebakaran hutan di Lytton pada 30 Jun lalu. - Foto 2 RIVERS REMIX SOCIETY/Reuters
Sebuah kawasan di tepi jalan raya terbakar akibat kebakaran hutan di Lytton pada 30 Jun lalu. - Foto 2 RIVERS REMIX SOCIETY/Reuters
A
A
A

VANCOUVER - Bandar Lytton yang mencatatkan suhu paling panas di Kanada dalam minggu ini terbakar disebabkan oleh gelombang panas yang keterlaluan, kata beberapa pegawai pada Khamis.

Kebakaran itu memusnahkan kebanyakan rumah dan struktur bangunan selain beberapa penduduk di bandar itu dikategorikan masih hilang, kata Menteri Keselamatan Awam British Columbia, Mike Farnworth pada satu sidang akhbar.

Ketua Menteri British Columbia, John Hogan berkata, lebih 1,000 orang yang tinggal di sekitar Lytton terpaksa berpindah pada malam Rabu lalu selepas notis dikeluarkan.

Bandar tersebut terletak kira-kira 250 kilometer dari timur laut Vancouver.

Datuk Bandar Lytton memberitahu dengan segera tentang kebakaran tersebut dan mengeluarkan arahan berpindah, kata Hogan.

Dalam pada itu, Datuk Bandar, Jan Polderman memberitahu BBC, beliau telah mengarahkan penduduk berpindah selepas api kelihatan merebak di Lytton.

Lytton sebelum ini mencatatkan suhu panas setinggi 49.6 darjah Celsius iaitu paling tinggi dalam sejarah Kanada.

Kebakaran itu dipercayai merebak ke bandar tersebut selepas berlaku kebakaran hutan akibat cuaca panas melampau. - Agensi

Artikel Berkaitan: