Denmark risau ketajaman Schick

Kasper Hjulmand
Kasper Hjulmand
A
A
A

DENMARK mengakui risau dengan ketajaman yang ditunjukkan penyerang utama Republik Czech, Patrik Schick menjelang pertembungan kedua-dua pasukan pada aksi suku akhir di Stadium Olimpik Baku pada awal pagi Ahad.

Pengendali Denmark, Kasper Hjulmand menyifatkan Shick ketika ini antara penyerang terbaik di Eropah dan mampu memberikan kesukaran kepada pasukannya menghalang jentera serangan pasukan Czech.

"Ada beberapa pemain bintang dalam pasukan Czech antaranya sudah tentu Vladimír Coufal dan Patrik Schick. Schick saya fikir sebagai bakat terbaik Eropah ketika ini dan saya juga menyaksikan dia beraksi di Bundesliga.

"Jadi, Czech memiliki kekuatan daripada segi individu pemain dan juga semangat berpasukan mereka. Kami perlu berwaspada dan tidak melakukan kesilapan mudah," katanya.

Schick ketika ini berada dalam senarai antara penjaring terbanyak Euro 2020 dengan empat gol dan berpeluang untuk menambah jumlah golnya dalam pertemuan menentang pasukan Danish itu.

Denmark yang sebelum ini tidak diletakkan harapan untuk mara jauh dalam kejohanan Euro kali ini mencipta kejutan besar dengan melepasi peringkat kumpulan sebelum membelasah Wales 4-0 dalam pusingan 16 pasukan terakhir.

Hjulmand juga mengakui lebih rela untuk bertemu Belanda daripada Czech mengambil kira taktikal dan aksi sengit yang bakal diberikan lawannya itu diperingkat suku akhir nanti.

"Mereka (Czech) merupakan pasukan yang terlatih dengan pendekatan yang sangat luar biasa. Malah, mereka juga bermain dengan intensiti yang tinggi dan akan memberikan kesukaran kepada kami.

Artikel Berkaitan:

"Ia akan menjadi cabaran besar buat kami kerana kami mempunyai lawan yang kuat. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, saya menyaksikan pasukan Czech bermain dan mereka membuktikan bahawa mereka mempunyai motivasi dan semangat yang tinggi dalam setiap perlawanan," katanya.