Sila log masuk terlebih dahulu.

Yayasan Pendidikan Bumiputra bantu 300 keluarga

Antara barang yang diberikan ialah beras, gula dan susu.
Antara barang yang diberikan ialah beras, gula dan susu.
A
A
A

SEREMBAN – Yayasan Pendidikan Bumiputra telah membantu 300 keluarga yang terjejas pendapatan kerana terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan pandemik Covid-19.

Pengerusinya, Md Asna berkata, mereka berdepan dengan kesulitan apabila sebahagian sektor ekonomi terpaksa ditutup.

“Sebahagian mereka juga hilang punca pendapatan apabila tidak dapat bekerja.

Kami juga mengambil inisiatif membantu pekerja asing yang terkesan dengan pandemik ini terutamanya mereka yang berkeluarga,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Md. Asna berkata, menyedari hakikat itu Yayasan Pendidikan Bumiputra mengambil inisiatif menyalurkan bantuan makanan kepada warga Indonesia yang terputus bekalan makanan baru-baru ini.

Menurutnya, bekalan makanan itu diberikan atas dasar kemanusiaan selepas menerima permohonan bantuan daripada golongan berkenaan.

“Kami menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira bangsa atau agama,” katanya.

Justeru, katanya, orang ramai yang mahu mengambil bahagian dalam misi kemanusiaan itu boleh menghulurkan sumbangan melalui Projek Gerobok.

Artikel Berkaitan: