Tujuh khemah PPV IPP Tanjong Karang tumbang dilanda ribut

Sebahagian khemah di PPV IPP Tanjong Karang di sini tumbang dan rosak teruk akibat ribut pada pagi Jumaat.
Sebahagian khemah di PPV IPP Tanjong Karang di sini tumbang dan rosak teruk akibat ribut pada pagi Jumaat.
A
A
A

TANJONG KARANG - Sebanyak tujuh khemah di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Institut Pengurusan Peladang (IPP) Tanjong Karang di sini tumbang dan rosak teruk akibat dipukul ribut pada awal pagi Jumaat.

Pengarah Operasinya, Salbiah Saari berkata, kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu disedari seorang petugas yang tiba di PPV itu selepas mendapati sebahagian khemah runtuh dan patah.

Menurutnya, kejadian itu kemudiannya dimaklumkan oleh petugas terbabit kepadanya menerusi aplikasi WhatsApp.

"Saya sendiri sudah meninjau keadaan di lokasi kejadian dan mendapati selain khemah terdapat kerusi di dalam khemah menunggu turut rosak akibat ribut," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Jumaat.

Salbiah berkata, tiada sebarang kecederaan dan kemalangan dilaporkan berlaku di PPV berkenaan dan kerja-kerja mengalih runtuhan serta penggantian khemah juga sudah dilaksanakan dengan segera.

Katanya, operasi di PPV yang mempunyai kapisiti suntikan 1,000 dos suntikan sehari itu tetap diteruskan pada Jumaat.

"PPV ini akan terus beroperasi dan mereka yang mendapat janji temu boleh hadir bagi memastikan proses vaksinasi berjalan lancar," katanya.

Artikel Berkaitan: