X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 02 Julai 2022

MAINS sumbang peralatan perubatan kepada JKN

Dr Abdul Aziz (dua dari kanan) semasa menyampaikan salah satu sumbangan wakaf yang diberikan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan pada Khamis.
A
A

SEREMBAN - Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) melalui Jabatan Wakaf mengambil inisiatif tambahan dengan menyalurkan sumbangan peralatan perubatan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS) menerusi peruntukkan sebanyak RM116,250.

Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Datuk Dr Abdul Aziz Sheikh Ab Kadir berkata, peralatan perubatan itu bertujuan untuk melancarkan tugas kakitangan kesihatan dalam merawat pesakit-pesakit Covid-19 di Negeri Sembilan.

Menurutnya, agihan peralatan perubatan itu melibatkan 15 unit mesin Oxygen Contentrator, Oxygen Regulator (40 unit) dan lima unit Patient Transport Trolley lima unit.

"Sumbangan peralatan perubatan pada kali ini menggunakan dana Wakaf Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (WMAINS) dan dana Wakaf Negeri Sembilan Muamalat (WNSM).

"Penyerahan ini merupakan simbolik bahawa wakaf yang diterima oleh pihak MAINS disalurkan sebaiknya kepada pihak yang memerlukan.

"Inisiatif ini juga diharap dapat menjadi titik permulaan bagi semua golongan dan lapisan masyarakat khususnya di Negeri Sembilan untuk turut sama mengimarahkan serta membudayakan amalan berwakaf, " katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata, sumbangan ini juga menjadi bukti bahawa institusi wakaf memainkan peranan penting bagi menjana ekonomi ummah dalam pelbagai bidang berlandaskan syariah Islam.

Katanya, aset peralatan perubatan itu akan diagihkan kepada empat buah hospital iaitu Hospital Tuanku Jaafar Seremban; Hospital Tampin, Hospital Jelebu dan Hospital Jempol.

"Ia turut diserahkan juga kepada tiga Pusat Kuarantin Berisiko Rendah (PKRC) bagi merawat pesakit-pesakit Covid-19 iaitu PKRC Politeknik Port Dickson, PKRC Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Kejururawatan) Kuala Pilah dan PKRC Dewan Komuniti Mantin," jelasnya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!