Covid-19: WHO beri amaran Eropah akan dilanda gelombang kedua

Hans Kluge berkata, varian Delta mampu menjadi dominan di Eropah menjelang Ogos ini. - Gambar fail
Hans Kluge berkata, varian Delta mampu menjadi dominan di Eropah menjelang Ogos ini. - Gambar fail
A
A
A

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran Eropah akan dilanda gelombang kedua Covid-19 jika orang ramai terus ingkar peraturan langkah kawalan.

Badan dunia itu menggesa setiap orang berdisiplin selepas didapati berlaku peningkatan ketara jangkitan koronavirus di Eropah berbanding dua bulan lepas.

Pengarah Wilayah WHO untuk Eropah, Hans Kluge berkata, minggu lalu jumlah kes meningkat 10 peratus, didorong peningkatan pergaulan, perjalanan, perhimpunan dan kelonggaran sekatan sosial.

Tambahnya, peningkatan kes berlaku disebabkan varian Delta yang kali pertama dikesan di India dan sangat mudah tersebar berbanding Alpha, julung kali dikesan di Britain.

Malah, ujar beliau, varian Delta mampu menjadi dominan di Eropah yang terdiri dari 53 negara dan wilayah, termasuk beberapa negara di Asia Tengah, menjelang Ogos ini.

Bercakap di Copenhagen pada Khamis, Kluge turut mengaitkan keadaan itu dengan pemberian vaksin di wilayah WHO di Eropah di mana purata pemberiannya hanya 24 peratus.

Ujar beliau, separuh daripada warga emas dan 40 peratus petugas kesihatan masih lagi belum dilindungi.

Ini katanya, tidak dapat diterima dan jauh daripada purata 80 peratus perlindungan sepenuhnya kepada penduduk yang disyorkan. - Awani

Artikel Berkaitan: