Three Lions ke Rom tanpa pemain ke-12

Penyokong The Three Lions ketika menyaksikan perlawanan England menentang Jerman di Stadium Wembley, London pada 29 Jun lalu. - Foto AFP
Penyokong The Three Lions ketika menyaksikan perlawanan England menentang Jerman di Stadium Wembley, London pada 29 Jun lalu. - Foto AFP
A
A
A

ITALI giat memperketatkan kawalan di lapangan terbang dan pintu masuk sempadan bagi mengelakkan kehadiran pemain ke-12 England menjelang aksi pusingan lapan terbaik Euro 2020, The Three Lions menentang Ukraine di Stadium Olimpico, Rome pada hujung minggu ini.

Penguasa Rom, Matteo Piantedosi pada Rabu mengadakan mesyuarat dengan jawatankuasa berkaitan dan ketua-ketua polis bagi memastikan aspek keselamatan Sabtu ini.

Itali antara negara yang teruk dilanda Covid-19 sebelum ini menyebabkan pihak berkuasa mengambil langkah proaktif bagi memastikan tidak lagi berlaku penularan gelombang wabak baharu.

Pegawai Kementerian Kesihatan Itali, Andrea Costa sebelum ini menegaskan peraturan adalah jelas bahawa penyokong England tidak dibenarkan berkunjung ke Itali.

"Peraturan lima hari kuarantin perlu dipatuhi semua melainkan mereka tiba sebelum 28 Jun kemudian melengkapkan kuarantin. Sekiranya tidak, lupakan sahaja hasrat datang ke Rom.

"Mereka yang melanggar peraturan ini akan didenda dan dihukum sekiranya ditahan pihak berkuasa," kata Costa.

Artikel Berkaitan: