Warisan ingatkan PN jangan angkuh

Mohd Shafie
Mohd Shafie
A
A
A

KOTA KINABALU - Kerajaan Perikatan Nasional (PN) diingatkan supaya tidak bersikap angkuh seperti tahu semua perkara dan mengambil iktibar dengan situasi yang berlaku.

Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, negara kini berhadapan dengan pelbagai cabaran termasuk masalah ekonomi serta kematian akibat pandemik Covid-19.

Menurut Ahli Parlimen Semporna itu, Malaysia yang mengamalkan pemerintahan sistem demokrasi berparlimen dan Raja Berpelembagaan perlu dijaga, dihormati dan dipertahankan.

"Setelah lebih dua minggu dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia, Yang di-Pertuan Agong (Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) dan Majlis Raja-Raja, kelmarin (Selasa) sekali lagi Seri Paduka Baginda menzahirkan supaya persidangan Parlimen diadakan segera.

"Sudah tentu banyak perkara dapat dibincangkan, diselesaikan dan seterusnya memberi manfaat kepada rakyat, terutama perkara-perkara berkaitan Ordinan-Ordinan Darurat Covid-19," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Bekas Ketua Menteri Sabah itu turut mengingatkan ramai rakyat hilang punca pendapatan, syarikat tidak dapat meneruskan operasi dan peniaga kecil gulung tikar.

"Saya bimbang sekiranya situasi dan keadaan ini tidak kita atasi segera akan menyebabkan lebih banyak kemudaratan berbanding kebaikan," katanya.

Artikel Berkaitan: