Covid-19: Tuan rumah Euro perlu pantau penyokong

Penyokong England meraikan gol kedua The Three Lions ketika menentang Jerman di Stadium Wembley, London pada 29 Jun lalu. - Foto AFP
Penyokong England meraikan gol kedua The Three Lions ketika menentang Jerman di Stadium Wembley, London pada 29 Jun lalu. - Foto AFP
A
A
A

BANDAR-bandar tuan rumah perlawanan Euro 2020 perlu memantau pergerakan penonton dengan lebih baik terutamanya semasa tiba dan ketika meninggalkan stadium, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis

"Kita perlu melihat lebih jauh dari stadium sendiri," kata Pegawai Kecemasan Kanan WHO Eropah, Catherine Smallwood pada sidang media ketika ditanya mengenai cadangan dalam berdepan peningkatan kes di London dan Saint Petersburg.

Ibu negara Britain itu menjadi tuan rumah separuh akhir dan final kejohanan minggu depan manakala bandar raya Rusia tersebut menjadi tuan rumah suku akhir antara Switzerland dan Sepanyol pada Jumaat.

Ditanya mengenai apakah kejuaraan Euro berpotensi bertindak sebagai acara 'penyebar super', Pengarah Serantau WHO untuk Eropah, Hans Kluge menjawab: "Saya harap tidak tetapi ini tidak dapat dikecualikan."

Ratusan kes dikesan dalam kalangan penyokong yang menghadiri pertandingan Euro termasuk penyokong Scotland yang kembali dari London, Finland yang kembali dari Saint Petersburg dan pembawa varian Delta yang lebih menular di Copenhagen.

"Apa yang perlu kita perhatikan adalah di sekitar stadium. Bagaimana orang-orang sampai di sana? Adakah mereka melakukan perjalanan dengan konvoi bas yang ramai? Adakah mereka mengambil langkah-langkah pencegahan individu?" ujar Smallwood.

Dia menambahkan bahawa juga penting untuk melihat apa yang terjadi selepas perlawanan misalnya sekiranya penyokong berkumpul di bar yang ramai.

"Sekiranya percampuran ini terjadi, akan ada kes," katanya.

Artikel Berkaitan: