Polis sahkan terima laporan Zarina Anjoulie

Menerusi perkongsian di Instagram (yang sudah pun dipadam), Zarina memaklumkan akan menentang secara habis-habisan berhubung dengan isu berkenaan.
Menerusi perkongsian di Instagram (yang sudah pun dipadam), Zarina memaklumkan akan menentang secara habis-habisan berhubung dengan isu berkenaan.
A
A
A

SEREMBAN - Polis mengesahkan menerima laporan yang dibuat selebriti sensasi, Zarina Anjoulie yang didakwa bakal mengambil tindakan saman terhadap seorang anggota polis wanita.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd Fazley Ab Rahman berkata, pihaknya menerima laporan polis yang dibuat oleh selebriti tersebut pada jam 12.05 pagi, Khamis.

Katanya, satu laporan polis telah dibuat oleh artis tersebut yang mendakwa imej gambar beliau telah tersebar di media sosial, yang dikatakan berada dalam bilik di bahagian siasatan jenayah narkotik Ibu Pejabat Polis Nilai.

"Kertas siasatan telah dibuka dan siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang dan turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Selain itu, satu siasatan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, IPK Negeri Sembilan turut dilakukan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Tambahnya, pihaknya memandang serius terhadap laporan yang dibuat oleh pengadu dan tindakan tegas akan dilakukan tanpa kompromi jika siasatan mendapati terdapat wujud perlanggaran undang-undang dan prosedur siasatan.

Orang ramai dinasihatkan tidak mensensasikan isu ini dan memberi ruang kepada pihak polis menjalankan siasatan secara telus.

Terdahulu, menerusi perkongsian di Instagram (yang sudah pun dipadam), Zarina memaklumkan akan menentang secara habis-habisan berhubung dengan isu berkenaan.

Artikel Berkaitan:

“Alhamdulillah, laporan sudah dibuat kepada anggota polis wanita berkenaan. Selepas siasatan, saya akan mengambil tindakan menyaman anggota tersebut.

“Saya akan menentang habis-habisan tentang isu ini. Memandangkan anggota ini nak tular dan glamor, saya akan bagi dia glamor yang dia idamkan. Di manakah integriti kamu sebagai seorang anggota polis wanita? Saya bimbang adakah nanti orang lain akan kena senasib juga?” tulisnya.

Pada Rabu, media melaporkan seorang selebriti wanita ditahan kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah di sebuah rumah di Nilai, Negeri Sembilan.

Walau pun pihak polis tidak mendedahkan identiti selebriti tersebut, rata-rata netizen membuat andaian bahawa individu berkenaan ialah Zarina.

ARTIKEL BERKAITAN Pelakon wanita ditahan positif dadah