X

Kindly register in order to view this article
!

PKPD: Ini perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan

34 mukim di Selangor dan 14 lokaliti di Kuala Lumpur akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa 3 hingga 16 Julai. - Gambar hiasan
A
A

SEBANYAK 34 mukim di Selangor dan 14 lokaliti di Kuala Lumpur akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa 3 hingga 16 Julai, umum Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.

Susulan pelaksanaan PKPD dalam skala agak besar kali ini dan mungkin ramai penduduk tidak begitu peka dengan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan, ketahui senarai antara SOP PKPD penting berdasarkan sidang media Ismail Sabri.

Bagaimanapun, maklumat terperinci mengenai SOP boleh dirujuk di laman sesawang Majlis Keselamatan Negara (MKN) di https://www.mkn.gov.my

Berikut antara perkara yang DIBENARKAN dan TIDAK DIBENARKAN:

-Pergerakan merentas daerah dan negeri bagi tujuan vaksinasi Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di luar daerah atau negeri tempat tinggal DIBENARKAN dengan menunjukkan butiran janji temu di aplikasi MySejahtera, laman sesawang atau SMS.

-Lapangan terbang dan pelabuhan dibenarkan beroperasi seperti biasa. Aktiviti dan perkhidmatan pengangkutan awam (kereta api, komuter, bas, lapangan terbang, teksi, feri, e-hailing) dibenarkan beroperasi seperti biasa dengan kapasiti 50%.

-Bilangan penumpang dalam teksi dan e-hailing dihadkan dua orang sahaja termasuk pemandu.

-Tiada sebarang pergerakan tidak perlu di luar kawasan kediaman selepas jam 8 malam kecuali bagi kes-kes kecemasan atau mendapat kebenaran PDRM.

-Hanya sektor perkhidmatan perlu (essential services) sahaja DIBENARKAN untuk beroperasi dari 8 pagi hingga 8 malam seperti utiliti, pembersihan dan kumbahan.

-Selain itu, hanya kilang bahan makanan dan keperluan asas harian seperti beras, roti putih (loaf), gula, minyak masak, tepung gandum, susu segar, susu tepung bayi, ubat-ubatan, dan topeng muka dibenarkan beroperasi.

-Kebenaran untuk bekerja hanya bagi perkhidmatan perlu (essential services) atau menjalankan tugas rasmi kerajaan dengan surat pengesahan daripada majikan atau pas pekerja yang sah.

-Pekerja selain daripada perkhidmatan perlu TIDAK DIBENARKAN keluar dari kawasan PKPD dan tidak boleh bekerja sepanjang tempoh PKPD. Majikan dikehendaki mematuhi perintah ini dan membenarkan pekerja-pekerja bekerja dari rumah.

-Pekerja daripada perkhidmatan perlu dan kilang-kilang serta premis-premis perniagaan yang dibenarkan sahaja boleh menggunakan surat MITI yang telah dikeluarkan sebelum ini.

-Restoran, kedai/gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera/pusat penjaja, gerai makan tepi jalan / kiosk DIBENARKAN beroperasi antara 8 pagi hingga 8 malam.

-Pembelian makanan secara bawa pulang (take away), pandu lalu (drive-thru) atau penghantaran (delivery) sahaja DIBENARKAN.

-Kedai runcit, kedai serbaneka, kedai barangan keperluan harian DIBENARKAN beroperasi antara 8 pagi hingga 8 malam.

-Hospital, klinik dan makmal perubatan DIBENARKAN beroperasi 24 jam atau mengikut lesen kebenaran.

-Kedai farmasi, kedai penjualan ubat-ubatan, klinik haiwan, kedai makanan haiwan, DIBENARKAN beroperasi antara 8 pagi hingga 8 malam.

-Stesen minyak DIBENARKAN beroperasi antara 6 pagi hingga 8 malam, kecuali stesen minyak di lebuh raya bertol beroperasi sehingga 24 jam.

-Pasar borong DIBENARKAN beroperasi bermula 12 tengah malam 6 pagi.

-Pasar awam, pasar tani kekal (PTK) & MyFarm Outlet (MFO) DIBENARKAN beroperasi bermula 6 pagi hingga 2 petang.

-Sebarang aktiviti sukan, sosial, rekreasi dan budaya adalah TIDAK DIBENARKAN. -Awani

PKPD: Ini perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!