PH tak terkesan fenomena 'Bossku'

Mohamed Azmin berharap rakyat dapat mengekalkan sokongan kepada kerajaan PH.
Mohamed Azmin berharap rakyat dapat mengekalkan sokongan kepada kerajaan PH.
A
A
A
SEMENYIH - PH menegaskan tidak terkesan dengan fenomena 'Bossku' bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada PRK DUN Semenyih.

Naib Presiden PH, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Najib berhak datang ke Semenyih bagi membantu kempen BN.

"Manakala PH pula berhak mencerakinkan beberapa kejayaan yang telah dinikmati oleh rakyat melalui dasar Peduli Rakyat," katanya pada sidang media selepas menghadiri program #TenagaKita hari sukarelawan di Taman Murah, Kampung Pasir Baru, di sini, tadi.

Mohamed Azmin berkata, beliau melihat sokongan rakyat terhadap kerajaan PH masih mantap dalam memastikan pembangunan di kawasan ini dapat diteruskan.

"Kita sering membawa agenda pembangunan yang merupakan bukan janji menjelang PRK, ini memang telah kita laksanakan dan ia merupakan kesan daripada kejayaan dasar kerajaan PH," katanya.

Beliau turut merayu kepada pengundi supaya mengekalkan sokongan dan maufakat pada ketika ini.

"Kita masih mempunyai banyak agenda pembangunan yang akan dibawa oleh kepimpinan baharu negeri Selangor yang menggantikan saya," katanya.

Artikel Berkaitan: