Malaysia terima lebih 1.5 juta dos bekalan vaksin AstraZeneca

Ciapan Khairy Jamaluddin di laman Twitternya pada Khamis.
Ciapan Khairy Jamaluddin di laman Twitternya pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Malaysia menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan Jepun atas sumbangan satu juta dos bekalan vaksin AstraZeneca yang diterima pada Khamis.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, sumbangan itu menzahirkan hubungan erat yang kukuh antara dua negara.

Menurutnya, Malaysia juga bakal menerima sebanyak 586,700 dos bekalan vaksin AstraZeneca dari kemudahan AstraZeneca di Thailand pada Khamis.

"Terima kasih kepada kerajaan dan rakyat Jepun atas sumbangan satu juta dos vaksin AZ (AstraZeneca). Perjanjian hubungan erat kami yang kukuh.

"Malaysia juga akan menerima 586,700 dos pembelian AZ malam ini dari kemudahan AZ di Thailand," ciapnya di laman Twitternya pada Khamis.

Pada Khamis, bekalan vaksin AstraZeneca yang diterima dihasilkan oleh syarikat Daiichi Sankyo Biotech di Saitama, Jepun dan diluluskan oleh Pharmaceuticals and Medical Devices Agency (PMDA) iaitu agensi di bawah Kementerian Kesihatan Jepun.

Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) dalam kenyataan berasingan memaklumkan, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) akan melakukan penilaian untuk mendapatkan kelulusan Lot Release bagi penggunaan vaksin tersebut.

Artikel Berkaitan:

Selain Malaysia, Jepun turut menyumbangkan bekalan vaksin sama kepada Vietnam dan beberapa negara Asia Tenggara lain seperti Thailand, Indonesia, Filipina serta beberapa negara Asia Barat.

ARTIKEL BERKAITAN: Sejuta vaksin AstraZeneca tiba dari Jepun