X

Kindly register in order to view this article
!

Lelaki disyaki terlibat judi bola sepak ditahan

Polis menahan seorang lelaki disyaki terlibat dengan kegiatan perjudian bola sepak dalam talian sempena kejohanan bola sepak Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) Euro 2020.
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelakidisyaki terlibat dengan kegiatan perjudian bola sepak dalam talian sempena kejohanan bola sepak Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) Euro 2020, di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, suspek berusia 41 tahun ditahan di hadapan sebuah kedai di Jalan Radin Bagus, Sri Petaling pada kira-kira 8 malam setelah didapati berada dalam keadaan mencurigakan dan polis turut merampas sebuah telefon bimbit daripada lelaki itu.

Beliau berkata, penahanan dilakukan oleh anggotanya dan pakar siasatan dalam kegiatan perjudian dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur serta pegawai forensik Bukit Aman.

"Analisis pakar siasatan perjudian ke atas telefon bimbit lelaki tersebut mendapati wujud unsur-unsur yang disyaki berkaitan dengan perjudian dalam talian dan suspek menggunakan telefon bimbit Samsung A9 untuk menjalankan aktiviti tersebut melalui laman sesawang nova88club.org (Nova88)," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953 kerana terlibat dalam perjudian dan suspek telah direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga Sabtu bagi membantu siasatan.

Anuar turut menasihati orang ramai agar tidak terlibat dengan sebarang aktiviti perjudian haram dan sebarang maklumat berkaitan jenayah boleh disalurkan talian penting Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, talian penting Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau balai polis berdekatan. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!