X

Kindly register in order to view this article
!

PKPD di Selangor, KL demi keselamatan rakyat: Ismail Sabri

Catatan Ismail Sabri di Facebooknya pada Khamis.
A
A

SHAH ALAM - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) membabitkan beberapa mukim di Selangor dan beberapa lokaliti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selama 14 hari berkuat kuasa 3 Julai sehingga 16 Julai adalah untuk keselamatan rakyat.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sepenting mana ekonomi negara, nyawa dan keselamatan rakyat harus diutamakan.

"Kerana itu hari ini saya umumkan PKPD di sebahagian mukim-mukim Selangor dan beberapa lokaliti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Dengan PKPD tersebut aktiviti ekonomi tidak dibenarkan termasuk penutupan kilang-kilang," katanya di laman Facebooknya pada Khamis.

Ismail Sabri memaklumkan pelaksanaan PKPD di lapan mukim di Selangor melibatkan Petaling, Hulu Langat, Sepang, Gombak, Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.

Di Kuala Lumpur pula lokaliti terlibat ialah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Semarak, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda, Flat Seksyen 2 Wangsa Maju, Flat Seksyen 1 Wangsa Maju dan Kampung Padang Balang.

Selain itu, turut dikenakan PKPD adalah di Taman Koperasi Polis (Fasa 1 dan 2), Flat Sri Sabah Kampung Puah, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas, Flat Desa Pandan (Termasuk Baiduri dan Delima), Kampung Batu Muda, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, Bandar Baru Sentul dan Taman Ikan Emas.

ARTIKEL BERKAITAN: Selangor, KL kena PKPD selama 14 hari

Mengulas lanjut, beliau juga berharap perlaksanaan PKPD di mukim di Selangor dan beberapa lokaliti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selama 14 hari itu dapat menurunkan kadar jangkitan dengan segera.

"Saya berdoa kepada ALLAH SWT agar kita dapat menurunkan kadar jangkitan ini dengan segera demi rakyat dan negara kita yang tercinta," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!