Indonesia terus melonjak rekod 25,000 kes baharu

Indonesia mencatatkan kes positif baharu Covid-19 sebanyak 24,836, jumlah tertinggi direkodkan setakat ini sejak kes pertama dikesan pada Mac 2020.
Indonesia mencatatkan kes positif baharu Covid-19 sebanyak 24,836, jumlah tertinggi direkodkan setakat ini sejak kes pertama dikesan pada Mac 2020.
A
A
A

JAKARTA - Indonesia mencatatkan kes positif baharu Covid-19 sebanyak 24,836, jumlah tertinggi direkodkan setakat ini sejak kes pertama dikesan pada Mac 2020.

Menurut data di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, jumlah keseluruhan kes positif kini meningkat kepada 2,203,108 manakala 1,890,287 pesakit sudah sembuh.

Sebanyak 504 lagi kematian dilaporkan sejak 12 tengah hari Rabu-12 tengah hari Khamis, menjadikan jumlah korban keseluruhan meningkat kepada 58,995 orang.

Peningkatan kes baharu sejak dua minggu lalu, dikaitkan dengan kegiatan balik kampung semasa sambutan Aidilfitri dan varian Delta yang lebih cepat menular.

Bermula 3 hingga 20 Julai, pemerintah Indonesia kembali mengetatkan protokol kesihatan COVID-19 dengan menguatkuasakan Pemberlakukan Pembatasan Kegiatan Masyarakat Darurat (PPKM Darurat) di Pulau Jawa dan Bali. -Bernama

Artikel Berkaitan: