'Akhirnya air mata saya tewas'

Mohd Mustafa menunjukkan gambar arwah yang sentiasa dalam ingatan dan ibu Allahyarham, Masitah Awang menunjukkan sijil penghargaan oleh Ketua Polis Terengganu kepada arwah.
Mohd Mustafa menunjukkan gambar arwah yang sentiasa dalam ingatan dan ibu Allahyarham, Masitah Awang menunjukkan sijil penghargaan oleh Ketua Polis Terengganu kepada arwah.
A
A
A

KUALA TERENGGANU- "Air mata saya tidak tertahan selepas dipeluk MB di lokasi kejadian dan melihat penghormatan diberikan oleh alim ulama kepada arwah," demikian luah bapa Allahyarham Abdul Bari Asyraf, Mohd Mustafa, 66.

Mohd meluahkan dua situasi yang akhirnya 'menewaskan' air mata seorang bapa sepanjang tragedi kehilangan arwah.

Katanya, selepas dimaklumkan kejadian menimpa arwah, dia reda dan sepanjang operasi mencari anaknya dijalankan sehinggalah penemuan mayat arwah, air matanya seolah-olah 'tiada'.

"Meskipun sedih tetapi mungkin disebabkan saya reda dengan perjalanan hidup arwah, ALLAH memberi kekuatan yang luar biasa kepada saya sehinggakan sepanjang tempoh berdepan dengan ujian ini, saya tidak terasa untuk menitiskan air mata.

"Bagaimanapun, air mata saya tewas juga selepas dipeluk oleh MB (Dr Ahmad Samsuri Mokhtar) yang turun ke lokasi untuk melihat sendiri operasi mencari arwah dijalankan.

"Selain itu, saya 'tewas' selepas melihat penghormatan yang diberikan oleh alim ulama sewaktu solat jenazah. Mereka sanggup datang dari jauh semata-mata hendak berjemaah di Masjid Merbau Patah, di sini, sehinggakan penduduk berhampiran memaklumkan solat jenazah untuk arwah mencatat sejarah," katanya hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Hajat selamatkan mangsa kemalangan tapi...

Beliau berkata sedemikian selepas Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan kepada 6 Wira oleh Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail sempena Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu 2019 di Padang Kawad IPK Terengganu, di sini.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Aidi berkata, diharap dengan pemberian surat penghargaan ini akan memberi satu motivasi terutama kepada anggota polis di negeri ini.

"Mungkin anggota polis boleh mengambil iktibar daripada keberanian 6 wira ini yang sanggup menyelamatkan mangsa tanpa menghirau bahaya yang boleh menimpa mereka semasa menyelamat mangsa," katanya.

Dalam kejadian 8 Febuari lalu, seorang pemancing lemas ketika berusaha menyelamatkan lima sekeluarga dalam pacuan empat roda yang terjunam ke sungai Terengganu.

ARTIKEL BERKAITAN: Penghargaan buat Abdul Bari