Bapa tunggal gantung baju sekolah anak

Tular gambar Yaakob mengantungkan bendera putih di depan rumahnya pada Selasa lalu. (Kanan: Yaakob menunjukkan keadaan dapur rumahnya sebelum menerima bantuan makanan.)
Tular gambar Yaakob mengantungkan bendera putih di depan rumahnya pada Selasa lalu. (Kanan: Yaakob menunjukkan keadaan dapur rumahnya sebelum menerima bantuan makanan.)
A
A
A

ALOR GAJAH - Seorang bapa tunggal terpaksa mengenepikan perasaan malu dengan menggantungkan kain putih menggunakan baju sekolah lama anaknya di hadapan rumah selepas bekalan makanan semakin surut.

Yaakob Montel, 54 yang bekerja sebagai pemandu lori dengan bergaji hari mengakui tindakan itu dilakukan demi memastikan tiga orang anaknya tidak berlapar dan terpaksa mengikat perut memandangkan dia sudah sebulan tidak bekerja sejak 1 Jun lalu.

Menurutnya, sebagai ketua keluarga yang menyara tiga orang anak berusia antara 9 hingga 17 tahun, dia sanggup buat apa sahaja asalkan tidak bertentangan dengan agama termasuk mengibarkan bendera putih itu.

"Kalau fikir soal malu, memang saya malu tetapi disebabkan tidak bekerja sebulan dan tak ada pendapatan tetap saya terpaksa berbuat demikian. Saya kasihan kepada anak-anak, lebih-lebih lagi mereka ditinggalkan ibu sejak tiga tahun lalu.

Yaakob bersama anak bongsunya ketika ditemui di rumahnya di Taman Kebaya di Alor Gajah di sini, Khamis.
Yaakob bersama anak bongsunya ketika ditemui di rumahnya di Taman Kebaya di Alor Gajah di sini, Khamis.

"Pada minggu pertama dan kedua, saya masih mempunyai simpanan lagi, namun masuk minggu ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 saya menjadi semakin buntu. Kebetulan ada terjumpa mengenai kempen bendera putih yang tular di media sosial, Facebook dan saya turut sama berbuat demikian, " katanya ketika ditemui di rumahnya di Rumah Awam Taman Kebaya, di sini pada Khamis.

Jelas anak jati Melekek itu, dalam tempoh beberapa jam selepas menggantung bendera putih di depan pokok mangga rumahnya, ada beberapa pihak yang prihatin tampil menyampaikan sumbangan barangan makanan termasuk wakil Japerun Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia.

"Terharu, dengan keprihatinan rakyat, dan selepas menerima bantuan saya menurunkan bendera putih itu agar tidak timbul salah faham.

Artikel Berkaitan:

"Tidak terfikir pun untuk mendapat perhatian, namun saya memerlukan barangan makanan demi kelangsungan hidup kami sekeluarga," katanya yang turut merancang untuk memohon bantuan daripada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).