Rumah terbakar, bomba selamat tujuh mangsa

Kebakaran berlaku di ruang tamu pangsapuri berkenaan.
Kebakaran berlaku di ruang tamu pangsapuri berkenaan.
A
A
A

RAWANG - Tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan tujuh mangsa termasuk dua kanak-kanak dalam satu kebakaran di Pangsapuri Casa Ria di sini pada Khamis.

Komander Operasi Kanan, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Zaidi Ahtan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran di tingkat empat pangsapuri tersebut pada jam 12.35 tengah hari.

Pihak bomba ketika cuba masuk ke unit rumah tersebut.
Pihak bomba ketika cuba masuk ke unit rumah tersebut.

Menurutnya, seramai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang dan Batu Arang kemudian dikejarkan ke lokasi kejadian yang tiba kira-kira untuk 10 minit kemudian.

"Kebakaran melibatkan apartmen di tingkat empat yang terbakar 20 peratus di bahagian ruang tamu. Empat orang mangsa berjaya diselamatkan.

Semua mangsa berjaya diselamatkan oleh pihak bomba.
Semua mangsa berjaya diselamatkan oleh pihak bomba.

"Kami turut membawa keluar seorang lelaki berusia lingkungan 40-an bersama kanak-kanak berusia enam dan tujuh tahun dari sebuah rumah berhadapan yang dimasuki asap tebal.

"Semua mangsa dalam keadaan selamat, hanya mengalami trauma. Seorang lelaki dewasa yang mengalami sesak nafas telah pulih sepenuhnya setelah menerima rawatan di lokasi," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Artikel Berkaitan: