X

Kindly register in order to view this article
!

Perpindahan di hartanah strata, 'landed' dibenarkan

SOP Pengurusan Strata yang telah dikemas kini boleh dimuat naik di laman web KPKT. (Gambar hiasan)
A
A

PUTRAJAYA - Urusan perpindahan melibatkan hartanah strata dan 'landed' dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 1 dibenarkan berkuat kuasa serta-merta.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi kenyataannya berkata, keputusan itu dicapai semasa Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Rabu.

"Pemilik hartanah terbabit perlu mendapatkan kebenaran polis bagi diri mereka dan pengendali perpindahan," katanya.

KPKT berkata, bagi hartanah strata pemohon perlu memaklumkan tarikh dan masa perpindahan serta maklumat pengendali perpindahan kepada pihak pengurusan.

"Prosedur operasi standard (SOP) Pengurusan Strata yang telah dikemas kini boleh dimuat naik di laman web KPKT di www.kpkt.gov.my.

"Kerja-kerja pemasangan keperluan asas seperti jeriji besi dan perkakasan elektrik bagi membolehkan sesuatu hartanah selamat didiami adalah dibenarkan dengan mematuhi SOP pembinaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kerja Raya dan di www.cidb.gov.my," katanya.

Sementara itu, menurut KPKT, urusan pemasangan baharu perkhidmatan internet dan komunikasi di bawah sektor penyenggaraan bangunan dan fasiliti serta sektor pengurusan strata turut dibenarkan susulan pindaan kepada SOP sedia ada.

"Walau bagaimanapun perpindahan dan pemasangan baharu perkhidmatan internet dan komunikasi di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) adalah tidak dibenarkan," katanya.

KPKT turut memohon kerjasama pihak Pesuruhjaya Bangunan (COB) untuk memaklumkan perkembangan terkini ini kepada Badan Pengurusan (JMB) atau Management Corporation (MC) di kawasan masing-masing.

"Kebenaran ini tertakluk kepada SOP semasa yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengekang penularan wabak Covid-19," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!