X

Kindly register in order to view this article
!

Lima diberkas, geng samun warga asing tumpas

Mohamad Fakhrudin (dua kiri) menunjukkan antara rampasan barang kes samun susulan tangkapan lima penjenayah di Petaling Jaya, pada Rabu.
A
A

PETALING JAYA - Kegiatan lima penjenayah yang mensasarkan warga asing sebagai mangsa samun berjaya ditumpaskan dalam dua serbuan berasingan di Taman Medan, di sini pada Rabu.

Kesemua suspek berusia antara 21 hingga 48 tahun itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, selepas melakukan risikan sejak seminggu lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima satu laporan polis pada 27 Mei lalu daripada seorang pengawal keselamatan berhubung kejadian samun oleh suspek di kediamannya di Petaling Jaya.

“Berdasarkan laporan itu, mangsa telah disamun di kediamannya pada 26 Mei oleh tujuh lelaki disyaki warga tempatan yang menaiki empat buah motosikal dengan bersenjatakan dua bilah pisau.

"Salah seorang suspek telah mengambil sebatang kayu cota milik pengadu dan mengugut mahu mencederakan mangsa dan rakan-rakan warga asing lain di rumah tersebut,” katanya ketika sidang akhbar di IPD Petaling Jaya pada Khamis.

Antara rampasan barang kes samun susulan tangkapan lima penjenayah di Petaling Jaya, pada Rabu.
Antara rampasan barang kes samun susulan tangkapan lima penjenayah di Petaling Jaya, pada Rabu.

Beliau berkata, suspek kemudian telah melarikan barang berharga bernilai RM2,500.

Katanya, bertindak atas maklumat pihaknya berjaya memberkas suspek pada Rabu dan kesemua suspek juga mengaku terlibat dalam lima kes samun dan curi motosikal dalam daerah Petaling Jaya dan satu kes di Subang Jaya.

Tambahnya, semakan mendapati empat suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah.

“Salah seorang suspek mempunyai 24 rekod jenayah lampau membabitkan dadah (13) dan jenayah(11) selain tiga rekod Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959," katanya.

Tegasnya, kesemua suspek direman selama tujuh hari dan disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!