Pengamal media Kelantan lengkap dua dos vaksin Covid-19

Pengamal media Kelantan terdiri daripada pelbagai agensi secara rasminya melengkapkan suntikan dos kedua vaksin Covid-19 di Dewan Teratai Kompleks Kota Darulnaim, pada Khamis.
Pengamal media Kelantan terdiri daripada pelbagai agensi secara rasminya melengkapkan suntikan dos kedua vaksin Covid-19 di Dewan Teratai Kompleks Kota Darulnaim, pada Khamis.
A
A
A

KOTA BHARU - Pengamal media Kelantan yang terdiri daripada pelbagai agensi secara rasminya melengkapkan suntikan dos kedua vaksin Covid-19 di Dewan Teratai Kompleks Kota Darulnaim di sini pada Khamis.

Langkah itu sekali gus melengkapkan imuniti kelompok dalam kalangan wartawan di negeri Che Siti Wan Kembang.

Wartawan Harakah, Nur Ain Manaf, 26 mengakui gembira dapat melengkapkan suntikan tersebut dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19.

"Dengan lengkapnya suntikan ini, ia memberikan keyakinan kepada saya dan rakan-rakan untuk turun padang dalam melaporkan maklumat yang tepat kepada masyarakat," katanya.

Menurutnya, suntikan itu merupakan salah satu 'ikhtiar' dalam melawan wabak Covid-19 dan berharap masyarakat di luar sana tidak takut untuk menerima suntikan vaksin ini.

"Jangan mudah terpengaruh dengan khabar angin dan berita kurang tepat mengenai suntikan ini," katanya.

Sementara itu, Presiden Kemudi, Shahnun Hanif Abdullah Suhaimi menyatakan ucapan terima kasih kepada pihak Kementerian Sains dan Teknologi dan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) yang telah mempercepatkan proses vaksinasi golongan media di negeri itu.

Beliau berkata, hal ini sangat bermakna buat 95 pengamal media di Kelantan setelah berjaya melengkapkan semua dos suntikan vaksin.

Artikel Berkaitan:

"Semoga dengan usaha ini dapat melindungi kita semua daripada dijangkit wabak Covid-19.

“Dengan ini warga media akan lebih bersemangat dan yakin untuk menjalankan tugas serta tuntutan kerja yang memerlukan mereka untuk bertemu dengan segenap lapisan masyarakat dalam menyalurkan maklumat kepada orang ramai,” katanya.