X

Kindly register in order to view this article
!

23 Ogos pendengaran semakan kehakiman isu pelaksanaan undi 18

A
A

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 23 Ogos untuk mendengar permohonan semakan kehakiman oleh 18 anak muda Malaysia bagi mencabar tindakan kerajaan dalam menangguhkan pelaksanaan Undi 18, langkah menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun dan pendaftaran pengundi automatik (AVR).

Pada 17 Jun, kumpulan anak muda itu yang merupakan pemohon, memperoleh kebenaran daripada mahkamah untuk meneruskan permohonan semakan kehakimannya.

Peguam New Sin Yew yang mewakili kumpulan itu berkata mahkamah juga menetapkan 9 Ogos bagi kedua-dua pihak memfailkan hujahan dan pengurusan kes selanjutnya ditetapkan pada 3 Ogos.

“Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid akan mendengar kes itu pada 9 pagi,” katanya kepada pemberita melalui WhatsApp selepas pengurusan kes tersebut, yang dijalankan secara dalam talian di hadapan Penolong Kanan Pendaftar, Azdianur Abu Samah.

Pada prosiding dalam talian itu, Peguam Kanan Persekutuan Noor Atiqah Zainal Abidin bertindak bagi pihak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya selaku responden.

Pada 2 April lepas, kumpulan anak muda itu yang berusia lingkungan 18 hingga 20 tahun, memfailkan tindakan undang-undang memohon beberapa perintah mahkamah susulan tindakan responden yang menangguhkan pelaksanaan Undi 18.

Menerusi permohonan itu, mereka memohon satu deklarasi bahawa tindakan kerajaan menangguhkan pelaksanaan langkah menurunkan had umur pengundi daripada 21 kepada 18 sebagai tidak rasional, tidak sah, tidak seimbang serta adalah satu bentuk penindasan pengundi.

Mereka turut memohon deklarasi bahawa anak muda yang berusia lingkungan 18 hingga 20 tahun adalah berhak mengundi pada atau sebelum Julai 2021. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: 18 anak muda dibenar cabar kerajaan tangguh pelaksanaan undi 18


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!