Hadkan jumlah penghuni, patuhi SOP asrama pekerja

Srikumar (tengah) melakukan pemeriksaan dalam Penguatkuasaan Operasi Patuh di asrama pekerja asing di Kawasan Perindustrian Bukit Bakri, Muar pada Khamis.
Srikumar (tengah) melakukan pemeriksaan dalam Penguatkuasaan Operasi Patuh di asrama pekerja asing di Kawasan Perindustrian Bukit Bakri, Muar pada Khamis.
A
A
A

MUAR - Majikan diingatkan supaya menghadkan jumlah penghuni dalam asrama pekerja kilang dan mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penyebaran wabak Covid-19 di kawasan industri.

Senior Asisten Komisioner Gerakan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Ketenteraman Awam Bukit Aman, M V Srikumar Nair berkata, pemeriksaan akan dilakukan dalam Penguatkuasaan Operasi Patuh yang bermula Khamis bagi memastikan majikan mengikut arahan berkenaan.

"Dalam kumpulan pemantau, saya dapati kilang mematuhi SOP, namun asrama pekerja mereka sebaliknya. Majikan perlu ambil langkah tegas kerana kita tidak mahu kes Covid-19 yang tinggi melibatkan kawasan industri.

"Kegagalan majikan mematuhi SOP akan menjejaskan kilang untuk beroperasi. Jadi sebaiknya mereka mengambil langkah berjaga-jaga.

"Kalau sebelum ini kita kurang tumpu kepada penginapan pekerja, kini tiba masa polis memberi perhatian di kawasan itu," katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan operasi itu di asrama pekerja asing di Kawasan Perindustrian Bukit Bakri di sini pada Khamis.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Muar (MPM), Jamil Hasni Abdullah.

Srikumar berkata, menerusi hari pertama operasi itu, asrama pekerja warga asing menjadi tumpuan berikutan jumlah kes yang tinggi di kawasan industri.

Jelasnya, ini kerana masih ramai majikan yang tidak mematuhi aspek keselamatan kesihatan dan SOP di tempat penginapan pekerja mereka.

Artikel Berkaitan:

"Ini menyumbang kepada penularan jangkitan apabila warga asing mudah bercampur tanpa ada penjarakan sosial," katanya.

Lebih membimbangkan katanya, terdapat pekerja warga asing dari beberapa kilang ditempatkan dalam satu kawasan asrama yang sama.